MENGATASI MASALAH SEMBELIT

November 12, 2017

Di Asia, 1 daripada 4 orang mengalami masalah sembelit. Ramai kan?
Erm.. memang ramai tapi masih ramai yang mengakui mengalami masalah sembelit ni.

Masalah sembelit yang teruk dan tidak dirawat boleh menyebabkan berlakunya buasir dan juga kanser kolon.

Tapi sembelit tu apa?

Mungkin masih ada yang tidak tau, ape itu sembelit?

Sembelit adalah masalah kesukaran membuang air besar sama ada 3 kali seminggu atau mungkin juga kurang daripada itu. Biasanya, orang yang mempunyai masalah sembelit mempunyai najis yang keras dan terpaksa untuk meneran untuk jangka masa yang lama. Ada masa juga, walaupun telah 'berusaha' untuk membuang tetapi masih juga tidak mampu untuk membuang air besar.

Manusia yang normal, biasanya membuang 1 atau 2 kali setiap hari. Ini adalah untuk memastikan kesihatan kolon berfungsi dengan baik.

Perlu untuk anda tahu, masalah sembelit boleh juga menimbulkan masalah lain seperti kembung yang teruk, angin, badan berbisa dan lemah. Ini adalah kerana, najis yang tidak dikeluarkan akan membebaskan toksin dan toksin ini akan melemahkan sistem-sistem badan sekiranya tidak dikeluarkan.

Kurang minum air, gaya hidup yang tidak sihat, terlalu kurus, masalah berat badan berlebihan, kehamilan merupakan antara penyebab masalah sembelit.

Jom tengok, apa makanan yang boleh mengurangkan masalah sembelit:

1. Makan buah- buahan dan sayuran sayuran yang mencukupi.

Perlu untuk kita pastikan kita makan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
Buah-buahan dan sayur0sayuran adalah sangat kaya dengan serat. Serat adalah sangat membantu untuk melawaskan pembuangan air besar.

2. Banyakkan meminum air masak.

Minum air masak sekurang-kurangnya 2 Liter untuk satu hari. Pengambilan air yang sudah ditapis adalah lebih baik. Air adalah sangat-sangat diperlukan untuk menjalankan segenap fungsi badan. Air masak adalah sangat membantu untuk melawaskan pembuangan air besar.

3. Amalkan gaya hidup yang sihat

Adalah penting untuk mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik. Ini bukan sahaja untuk mengurangkan gejala sembelit, tetapi juga adalah usaha kita untuk menjadi lebih sihat dan langkah untuk mengelakkan dari masalah-masalah yang lain.

4. Bersenam

Bersenam juga boleh melegakan masalah sembelit. Apabila bersenam, badan akan melepaskan hormon yang akan membuatkan kita merasa tenang. Perasaan tertekan boleh memburukkan masalah pembuangan air besar dari badan. Perkara yang paling mudah adalah dengan berjalan 10 000 langkah sehari. Setiap langkah boleh dikira bermula dari kita bangun tidur sehingga sebelum tidur. Senaman paling mudah kan?

5. Amalkan supplement yang membantu untuk memudahkan proses pembuangan seperti supplement kalsium-magnesium. Magnesium membantu untuk melawaskan dan melembutkan najis kita dan ini akan memudahkan proses pembuangan.



Di atas merupakan set untuk menangani masalah sembelit.

Alfalfa - Adalah serat yang membantu melawaskan pembuangan. Serat membantu untuk menyerap air pada najis dan menjadikan najis lembut. Perlu untuk minum air dengan banyak sekirangan mengambil serat sama serat dari makanan ataupun supplement.

Herb-lax - berfungsi untuk mencuci usus dan memberi 'rasa' untuk membuang air besar. Tetapi herb-lax tidaklah menyebabkan masalah cirit birit. Herb-lax juga boleh menbantu untuk mengurangkan buncit.

Ostematrix - Membantu untuk melawaskan dan melembutkan najis. Ostematrix juga boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan juga bebas dari masalah kekejangan kaki.

Omega-Guard - Bersifat anti-radang. Biasanya masalah sembelit yang teruk akan mengakibatkan luka dan bengkak semasa proses pembuangan air besar. Omega guard membantu untuk mengurangkan keradangan akibat masalah sembelit ini.





You Might Also Like

0 comments

Subscribe