SUSU IBU ANUGERAH ALLAH

Disember 13, 2017





Susu ibu merupakan anugerah paling istimewa dari Allah yang dicipta untuk anak kita.

Semua yang bergelar wanita boleh menghasilkan susu dengan sendirinya...
Sebabnya Allah dah bagi macam tu. Allah bagi fitrah kejadian susu ibu tu. 

Tak kisahlah ada masalah apa sekalipun, susu tetap ada.
Tapi kalau kita sendiri yang nak stopkan tu lainlah..

Untuk yang ambil anak angkat, bolehlah pegi ke kelas induced lactation atau ambil pil hormon untuk keluarkan susu. InshaaAllah tetap boleh keluar susu ibu walaupun tanpa kehamilan berlaku.

Tapi ingat tau.. susu pertama bukannye keluar terus mencurah-curah. Tidak sama sekali.
susu pertama hanya beberape titis aje. susu yang beberapa titis dan bewarna kuning keemasan ni di panggil kolustrum. Susu ni sangat bagus untuk anak kita.

Jangan dok ingat susu warna kuning tu susu yang dah rosak ya. Lepas tu dibuang pulak susu tu. Oh. Jangan-jangan. Susu kolustrum ni sangat lah beharga. Susu yang mempunyai antibodi khas untuk anak kita yang baru lahir tu.

Sebab tu lah walaupun tanpa supplement, susu tetap akan ada..

Yelah dah memang fitrah Allah jadikan macam tu 😃


JADI KENAPA IBU MENYUSU KENA AMBIL SUPPLEMENT?



Sekarang, pemakanan semua ibu tak sama pun.
Ada yang sangat bagus, makan eat clean.. Ada yang tak cukup 1-2 zat.. 
contoh macam Fira,,kalau boleh semua nak bedal.. hehe.. Tapi nak diet punya pasal, kena belajar makan lebih sihat.. hehe

Tapi perlu juga untuk kita tahu, vitamin dan mineral dalam makanan, ada sesetengahnya yang agak susah untuk dicerna dan diserap oleh badan. tapi berlainan dengan vitamin. Biasanya memang sudah dihasilkan untuk memudahkan diserap dan digunakan oleh badan.

Oh ye..Tahu tak?

Baby ni akan serap nutrition dari badan ibu melalui susu kalau nutrition dari pemakanan ibu tu tak cukup untuk hasilkan susu ibu..

Susu perlukan sangat banyak protein dan kalsium.
Bayangkan kalau susu tu sendiri tak cukup kalsium?
Sikit demi sikit dia akan tarik dari badan ibu..kalsium ni paling banyak duduk dalam tulang ibu. 
tu yang bila kalsium dah start di ambil dari tulang ibu, nanti dah tua-tua mudah kena osteoporosis pulak..hmm.. Nauzubillahiminzalik..

Sebab tu lah ibu start sakit-sakit otot lah, sakit pinggang laa.. 
gusi berdarah laa,, pucat, badan lemah tak cukup tenaga akibat dari kekurangan nutrisi..

so dengan mengamalkan supplement ni, boleh lah bantu topup balik kekurangan nutrisi kat badan ibu..
bukannya untuk badan baby tau..hee..










Cara untuk mendapatkan info sebarang produk Shaklee?


You Might Also Like

0 comments

Subscribe