JENIS-JENIS VITAMIN DAN PEMAKANAN VITAMIN

November 22, 2017

Ramai yang dekat luar sana bila beli vitamin akan main makan aje kan?
Just tengok lable, minimum dos untuk makan vitamin, dan makan aje bila-bila.
Adakala pulak, main hentam aje.. semua ubat atau vitamin, campur je sekali dan makan semua serentak.

Kadang-kadang, makan vitamin atau ubat dengan air kopi atau teh ataupun susu dan produk tenusu 😅
Kalau ada buat macam ni, please please please stop.
Sebabnya, tak ade kesan pun bila makan vitamin atau ubat dengan kopi, teh, susu semua tu..
In fact, makan ape-ape pun, badan tak boleh nak serap bila ada caffein. Jadi rugi aje kan.

Makan berjaga, ambil yang sihat-sihat aje. Tapi makan bersulam dengan caffein. Rugi tau. Kesian dekat badan. Dah la dalam proses memasak tu dah kurangkan lagi vitamin yang ada dalam tu. Lepas tu, minum caffein pulak. hmmm. jangan buat lagi ok 😀

Nak makan ubat atau vitamin mesti minum dengan air masak. Air tapis lagi bagus.

Okies..Hari ni saya nak share berkenaan vitamin dan fungsi diorang ni untuk tubuh badan kita.
Semoga bermanfaat.



Jenis-Jenis Vitamin

Vitamin ni ada dua jenis iaitu yang larut lemak dan larut air. Berikut adalah jenis-jenis vitamin, fungsi dan akibat dari kekurangan vitamin tersebut.



Jenis Vitamin



Sumber Makanan


Fungsi dalam
tubuh


Gejala Akibat
Kekurangan



VITAMIN LARUT AIR (Vitamin B & C)


VITAMIN B1
(Thiamine)


Gandum, kacang hijau, daging, susu, roti, tepung, ikan, daging tanpa lemak, ayam dan lain sebagainya.


Penting untuk system saraf dan fungsi
jantung, Mencegah penyakit beri-beri

Daya tahun tubuh
berkurang, Penyakit Beri-beri, kurang nafsu makan, kulit kering, kulit bersisik, susah buah air besar.

VITAMIN B2
(Riboflavin)


Susu, Pisang, Kacang hijau, asparagus, sayuran hijau yang berdaun, daging tanpa lemak.

Penting untuk Kulit, Pertumbuhan jaringan tubuh, mencegah kepekaan mata terhadap cahaya

Penyakit Ariboflavinosis,
Turunnya daya tahan tubuh, kulit kering, kulit bersisik, mulut kering, bibir pecah-pecah.


VITAMIN B3
(Niacin, Niacinamide)


Telur, Roti, daging ayam, daging lembu, ikan (tuna dan salmon), Sayur-sayuran berdaun, asparagus, hati, ragi, susu, Avokado,
Brokoli.


Membantu menukarkan makanan menjadi tenaga, membantu sistem saraf, mencegah penyakit pellagra, mencegah berkurangnya nafsu makan.

insomnia mual-mual, badan lemas, otot mudah
mengalami kekejangan

VITAMIN B5
(Pantothenic Acid)


Brokoli, Avokado, daging, Sayur-sayuran.

Membantu pemecahan nutrisi makanan (terutama pada lemak), menjaga komunikasi sistem saraf dan otak


Penyakit Paresthesia, Otot
mudah kram, susah nak tidur,
kulit kering dan bersisik.

VITAMIN B6
(Pyridoxine)


Daging, Pisang, sayur-sayuran dan kekacang.

Penting untuk kesihatan gigi dan gusi, penting
untuk sel-sel darah merah dan
sistem saraf, menghasilkan antibodi.


Penyakit Anemia (kekurangan darah), Gangguan sistem saraf

VITAMIN B7
(Biotin)


Daging, kuning telur, pisang, kekacang, ragi dan gandum.

Membantu reaksi biokimia pada tubuh, dan metabolisme
karbohidrat dan lemak.


Dermatitis, Enteritis, depresi, nausea, anemia dan keguguran rambut.

VITAMIN B9
(Folic Acid)


Bayam, biji Bunga
matahari, kentang, tomato,
Telur dan hati.

Mencegah kecacatan pada janin, membantu
tubuh dalam proses metabolisma protein yang berlangsung,
menggalakkan sel-sel darah merah yang sihat, menurunkan risiko penyakit jantung.


Kecacatan pada janin

VITAMIN B12
(Cobalamin)


Ikan, daging, telur, susu, hati.

Menjaga kesihatan sistem saraf, mencegah penyakit anemia dan penting untuk
pertumbuhan bagi kanak-kanak.


enyakit Anemia (Kurang darah), cepat letih.

VITAMIN C
(Ascorbic Acid)


Tomato, buah oren, Strawberry,
asparagus, brokoli, bayam, jambu batu.

Penting untuk kesihatan gigi dan gusi serta
tulang, Membentuk sel-sel tubuh dan pembuluh darah, mencegah penyakit kudis, meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai antioksidan.


Lidah pecah-pecah, berkurangnya tenaga / cepat letih, penyakit kudis, anemia.




Jenis Vitamin



Sumber Makanan


Fungsi dalam
tubuh


Gejala Akibat
Kekurangan



VITAMIN LARUT LEMAK
(Vitamin A, D, E, K)


VITAMIN A
(Carotenoids)


Buah-buahan berwarna Merah dan Kuning
(Carrot, Cili Merah, Pisang, Betik), Susu, Margarine, Hati dan Ginjal, Sayuran
yang berwarna Hijau dan Kuning.


Penting untuk fungsi penglihatan, menjaga kesihatan Kulit dan kekebalan
Tubuh

Rabun, Katarak, Hyperkeratosis (benjolan
putih pada folikel rambut), Keratomalacia (Kerosakan Kornea)

VITAMIN D
(Calciferol)


Ikan, telur, hati, Cendawan, Susu, udang, tiram, Cahaya Matahari pagi

Penting untuk Gigi dan tulang, membantu
tubuh menggunakan
Kalsium, mencegah penyakit rakitis@rickets (kelainan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak).

Rheumatoid arthritis (radang sendi), Penyakit Osteomalacia (hilangnya unsur fosforus dan kalsium secara
berlebihan), diabetes, Penyakit
Rakitis @ rickets.


VITAMIN E
(Tocopherols, Tocotrienols)


minyak sayur,
gandum, ikan, ragi, kuning telur.

Penting untuk fungsi darah, mencegah asid lemak yang berlebihan, menjaga jaringan kesihatan kulit, mata, darah merah
dan hati, Sebagai antioksidan semulajadi, melindungi paru-paru dari pencemaran udara.


Kemandulan terutama pada lelaki, gangguan saraf dan otot.

VITAMIN K
(Phylloquinone, Menaquinones)


Sayuran berdaun hijau, avocado, kiwi, parsley.

membantu metabolisma tubuh dan mencegah
penyakit diabetes, menurunkan
risiko terkena penyakit osteoporosis,
berperanan dalam
proses pembelkuan darah


Darah sukar membeku, menurunnya kepadatan tulang.










You Might Also Like

0 comments

Subscribe