CARA MENURUNKAN PARAS KOLESTROL DALAM DARAH

November 15, 2017

Hari ni nak sharekan sikit tips cara nak turunkan kolestrol jahat..

tapi sebelum tu nak cerita sikit pasal kolestrol jahat..

Kolestrol pun ada jahat dengan baik? Eh..Ada tau..

Kolestrol Jahat

Kolestrol jahat ni la yang sangat tak elok untuk kesihatan badan..
Boleh blok saluran darah..sebab dia ni suka sangat menempel dekat salur darah..

Kolestrol jahat ni datangnya dari sumber makanan yang tak menyihatkan tu tau..

Ala..tak bagi tau pun mesti ramai yang tau dah kan ape yang tak sihat tu?

Sume makanan yang deep-fried, lemak daging, kulit haiwan..etc, etc...

Kolestrol jahat ni jugak boleh terjadi disebabkan radikal bebas 
yang mengoksidasikan kolestrol baik.. maka terbentuklah kolestrol jahat ni..

tapi saluran darah tersumbat ni tak lah dalam satu malam.."puff" terus jadi..

tak.. semuanya terbentuk dari lifestyle dan cara pemakanan yang tak sihat..

Sikit2 build up dalam badan.. dan lama-lama.. erm.. faham-faham sendirilah ya..

Oh ya..kolestrol jahat ni orang panggil LDL..


Kolestrol Baik

okies.. tadi ada sebut kolestrol jahat kan?

ada yang jahat, mestilah ada yang baik.. ye tak.. hehe

kolestrol baik ni pulak orang sebut HDL.. bukan susu HL tu okeh.. HDL..

HDL ni bantu untuk angkut kolestrol yang ada dalam saluran darah kembali ke hati untuk disingkirkan..

maksudnya, dia bantu untuk bersihkan salur darah dari kolestrol la..

Bayangkan kalau kolestrol jahat lagi banyak dari kolestrol baik?

contoh mudah, penjahat lagi banyak dari polis..

boleh tak polis tangkap semua penjahat tu and sumbat masuk lokap? 

haaa..mesti lah tak boleh kan?

Maka sangat penting untuk kita tingkatkan kolestrol baik (HDL) ni dalam darah dan kurangkan kolestrol jahat (LDL)..


Macam mana nak turunkan paras kolestrol pada tahap yang seimbang?

Ni semua benda yang sama untuk apa jenis penyakit pun.. 

Semua berpunca dari pemakanan dan lifestyle kita..

Sebab tu ada pepatah" YOU ARE WHAT YOU EAT"

Anda adalah apa yang anda makan..  baik pemakanan kita.. InshaaAllah terjagalah semuanya..

Jadi.. jom tengok sini k..

  1. off courselah amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang - Konsep suku-suku separuh tu.
  2. Diet yang rendah lemak tepu dan lemak trans.. tukar marjerin kepada butter,, tukar penggunaan olive oil, sunflower oil tu pada coconut/palm oil.. Banyak lagi.. boleh google k..
  3. Diet yang tinggi serat macam buah-buahan dan sayur-sayuran. Organik dan non-GMO adalah pilih terbaik.
  4. Bersenam dengan lebih kerap. minimum 10 ribu langkah sehari.
  5. Turunkan berat badan pada tahap yang optima. memang susah..tapi tak mustahil.. Jom usaha sama-sama 😃
  6. Ambil supplement yang kaya Fitosterol untuk bantu turunkan kolestrol jahat secara semula jadi..
  7. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kalau merokok, kalau boleh kurangkan dan lagi bagus kalau dapat hentikan tabiat merokok ni. 

You Might Also Like

0 comments

Subscribe