7 MANFAAT DETOX

November 05, 2017

Image result for detox


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasanya anda tentunya sudah sedia maklum bahawa detoks merupakan cara untuk anda boleh mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan. Namun anda tahu tak bagaimana cara untuk anda memastikan bahawa detoks ini betul-betul berkesan? Apakah antara sebab khusus anda perlu fokus dalam membersihkan tubuh anda?


7 KESAN POSITIF DETOKS


Tubuh kita sebenarnya sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu. Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan anda berbagai kesan positif.

Jom tengok apa dia kesan positif program detoks ni.

1. Pengurangan Berat Badan

Haa.. Yang ni mesti ramai yang suka kan? Hehe.. Samalah Kita!
Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak
yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga
kilang lemak anda adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia
akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul.
Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.

2. Melegakan Rasa Kembung dan sembelit (menggalakan kolon yang lebih sihat)

Pernah tak rasa macam nak bukak je butang seluar sebab perut rasa sakit dan tak selesa? Usus kita membawa sisa dari tubuh badan kita, tapi sebahagian daripada sisa makanan yang diproses, kurang serat serta lemak yang tak sihat ni, boleh berkumpul secara perlahan lahan dan membuatkannya tersumbat dalam sistem badan kita.
Pengumpulan toksin ni biasanya mengakibatkan berat susah nak diturunkan dan anda akan berasa kembung dan gejala yang lebih teruk lagi adalah mengakibatkan penyakit seperti kanser kolorektum.
Kolon adalah sistem kumbahan dalam badan kita dan perlulah sentiasa dibersihkan untuk mengekalkan fungsinya sepertia biasa. Proses Detoks boleh membantu untuk membersihkan kolon dan mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat.

3. Memberi Tenaga

Tubuh badan manusia mempunya organ detox yang tersendiri yang mampu membuang toksin sendiri dan sangat hebat! Namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi. Jumlah tenaga yang diperlukan adalah bergantung kepada toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan badan cepat letih dan ini adalah tanda badan kita dipenuhi oleh toksin. Melalu detox, ia membantu organ ini untuk mengeluarkan toksin dan memberikan tubuh anda lebih tenga dan stamina untuk buat pelbagai perkara yang meneronokkan.

4. Mengurangkan nafsu makan.

Membersihkan tubuh badan dari toksin yang tidak sihat serta meggantikannya dengan makanan yang bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada otak untuk menginginkan makanan yang sihat dan bernutrisi.  Say Goodbye to kafein, gula putih dan lemak!

5. Kulit lebih cantik

Kulit yang cantik melambangkan kesihatan dalaman yang kita tau. Kulit kita membantu membuang toksin dari badan dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh dipenuhi dengan toksin, maka ia mendorong kepada kondisi kulit yang tidak sihat termasuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, maka tinggilah jumlah toksin yang terkumpul dalam darah. Detoks dapat membantu membuang toksin dari badan dan apabila toksin sudah dibuang, anda akan lihat perubahan pada kulit wajah. So girls..mesti nak kulit cantik, peloles dan bersinar kan?

6. Mengurangkan tekanan

Bila badan kita dipenuhi toksin, minda kita akan turut sama tertekan. Toksin yang bersarang dalam badan akan mengurangkan fungsi badan untuk menyerap nutriet dengan efektif. Jadi, badan kita jadi tak happy dan akan merembeskan hormon stress "Kortisol". Jadi sangat perlu untuk kita buang segala mak nenek toksin dalam badan dan biarkan badan kita bertenang. Pembersihan badan ini juga dapat membantu menajamkan minda dan membantu untuk dapat tidur yang lebih berkualiti.

7. Menguatkan sistem Imunisasi

Toksin terutamanya daripada logam berat boleh mengganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini mampu mebinasakan sistem imunisasi badan dan akan mengakibatkan keradangan. Detoks dapat membantu untuk menghindari toksin dan membantu badan untuk lebih fokus dalam meningkatkan sistem pertahanan semula jadi.

Kesimpulannya, detox sangat membantu untuk memperolehi kesihatan keseluruhan yang lebih baik.

Oh ya. Shaklee pun ada program detox tau.. Boleh tengok set detox dan program detox shaklee di link di bawah ya..






Harga retail untuk Satu set detox ni adalah RM 889. 

Untuk mendapatkan penjimatan sebanyak RM 100, anda boleh menjadi ahli dan nikmati dikaun sebanyak 15-25% untuk pembelian setiap produk Shaklee. 



You Might Also Like

0 comments

Subscribe