PEKATKAN SUSU IBU

November 28, 2017

APA YANG MEMPENGARUHI KEPEKATAN SUSU IBU?
==============================
Jawapan:

Macam mana nak pekatkan susu ya? Baby macam tak kenyang"
Nak susu pekat, beli je susu pekat F&N..hehe
Eh tak tak. Alah gurau sikit pun tak boleh.
Ok mama, to be truth se truth truth nya, kepekatan susu itu adalah subjektif.
Susu yang paling awesome pekat bergaya diburu ramai hanya satu : kolostrum.
Tiada yang lain.
Secondly, warna susu setiap orang lain. Kenapa?
Hasil dari pemakanan si IBU..
Lain tau warna dia. Kadang warna krim, kadang warna kuning cair gila, kadang warna putih macam kosong je.
Andaikata ada ambil sebarang supplement ( tak semestinya milkbooster saje ya) pun warna susu boleh berubah ubah..
Actually, Allah dah jadikan susu ibu ni boleh berubah mengikut keadaan semasa. Ada masa dia nampak cair. Ada masa dia nampak pekat.
Kalau perasan, waktu cuaca panas terik sampai kita pun rasa haus, susu akan kelihatan lebih cair. Ini tanda baby perlukan banyak "air" waktu tu.
Bila malam, selalunya susu akan nampak lebih pekat sikit warnanya sebab waktu tu baby perlukan "makanan".
Keadaan susu akan berubah mengikut keadaan baby.

××××××× ××××××× ××××××× ×××××××

Ok, boleh tengok indicator warna 2 jenis susu yang dihasilkan oleh SEMUA IBU.
1) foremilk
2) hindmilk
Masa kita pam, tak nampak pun beza 2 ni. Selalu kalau simpan kat chiller baru terhasilnya layer-layer ni.
Ni bukan indicator pekat ke tak susu ya. Ingat tu.
Ini indicator susu kita banyak yang mana je. Hehe.
Nak dapatkan lebih banyak hindmilk, susukan baby kat sebelah cik b saja untuk 1 sesi. Jangan tukar-tukar kejap kanan kejap kiri.
P.s: dah jadi layer gini. Nak bagi baby, JANGAN GONCANG. Gelekkan je botol tau.





You Might Also Like

0 comments

Subscribe