RESIPI SAMBAL KACANG MENTAH (MAKAN DENGAN ULAM)

Januari 11, 2017

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hari ni Fira nak share resepi sambal kacang. Tapi kan.. tapi.. ni bukan sambal kacang untuk makan ngan nasi impit ke..lontong ke.. satay ke.. bukan tau.. bukan.. sambal kacang ni letak cekur sikit.. Biasanya untuk cicah dengan sayur2 celur atau ikan goreng.. Makan ngan nasi panas..lauk macam ni aje pun dah sedap ok.. Silap hari bulan boleh bertambah tambah nasi.. Hilang diet.wakakaka.. Ada jugak yang panggil sambal kacang macam ni sambal kacang mentah. Tapi sebenarnye tak de lah mentak pun.. Semua bahan di masak terlebih dahulu.. Lepas tu disatukan... Sambal kacang macam ni jugak sesuai dijadikan sebagai kuah pecal/gado-gado sayur tu... makan ngan kangkung celur, pucuk ubi, pucuk betik, meranti, tempe and tauhu goreng..uuii..memang berganda ganda sedap.. ok..meh kite tengok resepi ye...





Bahan-Bahan:

1 cawan Kacang tanah - goreng dan kisar kasar. Tumbuk lagi ummph sedap dia
1.5'' belacan bakar
*Cili Api 5-11 biji.. Nak pedas lebihkan.. Tak nak pedas, kurangkan.. ikut tahap kepedasan memasing ye..
*Cili kering 10 - 15 tangkai. Gunting dan bersihkan
*1 biji Bawang besar saiz sederhana - hiris kasar
*1 ulas bawang putih - hiris kasar
Paste asam jawa - Secukup rasa
1 '' Cekur (kalau tak nak letak pun boleh)

Cara-Caranya:

1. Goreng semua bahan bertanda * hingga layu
2. Kemudian ditumbuk bersama belacan dan cekur.. Kalau malas tumbuh, boleh blend atau pakai chopper..
3. Dah cukup bersatu semua, masukkan kacang tanah.. gaul mesra..
4. Tambahkan paste asam jawa
5. Perasakan dengan garam dan gula. Tambah air suam mengikut tahap kelikatan yang dikehendaki.

Tips dapur:
Untuk bagi sayur tu sentiasa hijau, rebus jangan ambil masa yang lama. Agak-agak sayur dah bertukar hijau tua, cepat2 angkat, dan rendam dalam air sejuk berais. Nanti warna hijau dia akan kekal cantik. Bertambah berselera la nak makan..

Sambal kacang dan sayur 

You Might Also Like

0 comments

Subscribe